'Pintar' ~ smart, intelligent, & wise.

Monday, February 2, 2009

Jari Telunjuk ketika Tahiyyat



Jari telunjuk anda ketika solat memberi gambaran dan makna yang sangat penting. Perhatikan, renungkan, dan hayati kebesaran Allah.

Kualiti Solat Menggambarkan Siapa Kita

Utadz kata cara kita mengerjakan solat sangat penting, kita perlu buat cara yang terbaik, berkualiti supaya diterima Allah. Kita tak mahu solat kita sah, tetapi tidak diterima oleh Allah kerana tidak dilakukan dengan baik. Lima kategori solat menurut Utadz adalah seperti berikut:

1) Jahil -- kerjakan solat, tapi tak faham apa yg dibaca, tak de ilmu
2) Lalai -- kerjakan solat, tapi hati kat lain, tak kusyuk, beragan
3) Tarik-tali -- kejap kusyuk, kejap tak kusyuk, tak untung tak rugi, tapi
jika pada akhirnya kusyuk lebih banyak dptlah pahala solat.
4) Soleh -- jaga solat dengan baik, bersihkan diri
5) Muqarobin -- jaga solat, terus tumpu sepenuhnya kepada Allah

Marilah kita sama-sama menilai solat kita dan terus berusaha meningkatkan kualitinya. InsyaAllah, semoga solat kita terus berkualiti tinggi.

Friday, January 30, 2009

Sisa Waktu

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih"

Sungguh meninsafkan bila Utadz cakap kita suka lakukan solat disisa waktu, macam mana nak kusyuk, macam mana nak berkat, nak berjaya? Kita sanggup dan leka menghabiskan waktu untuk perkara-perkara lain dahulu, baru kita pergi solat. Contoh, kita habiskan baca surat khabar dulu, tonton TV dulu, borak2 dulu, dan macam2 lagi kita buat, baru kita pergi solat, dan diwaktu solat dah dekat nak habis pulak tu. Jika ini amalan kita maknanya kita letakkan keutamaan masa kita untuk perkara2 lain, dan solat disisa waktu, maka samalah macam kita tidak mengutamakan solat. Sisa selalunya benda yang tidak elok, yang kita dah tak mahu, selalunya orang buang je benda2 sisa ni. Eh, takut memikirkannya dan sangat betul cakap Utadz....solat tu perkara utama yang akan ditanya dalam kubur nanti...solat tiang Agama. Pastilah kita hendak tiang yang kukuh, supaya kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat. Maka janganlah kita sisakan lagi perintahkan Allah.

Kelas Agama: 4 Amalan Penting

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih"

Pelajaran Penting daripada Kelas Agama:

A) Perihal Pasangannya......(1) Nafsu dgn Syaitan; 2) Ilmu dgn Akal.
B) Untuk tundukkan pasangan 1 dan tingkatkan pasangan ke-2, amalkan 4 perkara berikut:
1). Selalu baca Al-Quran
2). Selalu puasa sunat
3). Selalu solat Tahajud dan
4). Selalu ingat mati

Marilah kita sama-sama pilih pasangan terbaik dan amalan 4 perkara penting tersebut. InsyaAllah, kita akan menjadi ummah yang berjaya dan selamat, dunia dan akhirat.

Friday, January 16, 2009

KANAK-KANAK LEBIH PATRIOTIK

Kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra dengan kanak-kanak lain tanpa mengira agama dan bangsa berbanding dengan orang dewasa. Hal ini kerana mereka bergaul berlandaskan aktiviti yang mereka suka seperti bermain permainan yang mereka gemari. Selain itu, kanak-kanak juga lebih naif dan tidak memihak kepada mana-mana pihak atau kumpulan serta tidak membuat penilaian berdasarkan nilai dan persepsi seperti orang dewasa.

Orang dewasa memberikan nilai dan persepsi mengikut pengaruh sosialisasi dan pengalaman hidup sehingga keadaan tersebut mempengaruhi tingkah laku mereka. Orang dewasa juga terdorong untuk memperjuangkan fokus dan minat mereka. Ini menjadikan mereka kelihatan tidak bersatu berbanding kanak-kanak. Kanak-kanak kelihatan lebih bersatu kerana mereka melakukan sesuatu tanpa fokus dan lebih kepada minat sahaja. Kanak-kanak bergaul demi mencapai keseronokan bukan kerana kepuasan hidup kerana mereka belum menempuh kehidupan yang kompleks seperti orang dewasa.

Walau bagaimanapun, setiap individu perlu disosialisasikan sejak peringkat awal lagi oleh keluarga dan masyarakat dengan nilai-nilai positif seperti bekerjasama, hormat-menghormati dan berbaik sangka. Hal ini kerana demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, mereka perlu dilatih atau dididik sedari keci lagi. Kajian sosial sendiri menunjukkan peranan kelurga sangat penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan kanak-kanak supaya masyarakat yang bersatu padu dapat dilahirkan. Keluarga merupakan asas kepada segala-galanya. Jika baik asuhan keluarga itu maka baik jugalah generasi itu. Selain daripada keluarga, institusi dan ejen sosialisasi yang lain seperti sekolah dan media juga perlu memainkan peranan mereka dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Usaha yang berterusan diperlukan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Apabila semangat perpaduan dipupuk sejak kecil lagi, masyarakat yang lahir itu lebih mudah untuk dibentuk menjadi insan yang mudah menjalinkan kerjasama dan bersatu dengan orang lain tanpa prasangka. Kanak-kanak mudah untuk menterjemahkan sesuatu perlakuan kepada umum. Mereka sering menjadikan orang dewasa sebagai model mereka dalam melakukan sesuatu. Sebagai contoh, mereka akan menghormati jiran yang berlainan bangsa dan agama jika ibu bapa mereka menghormati jiran tersebut. hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa kanak-kanak cepat menerima sesuatu perkara tanpa banyak soal kerana mereka menganggap bahawa semua yang berlaku di hadapan mata mereka adalah benar dan perlu diikuti tanpa banyak soal.