'Pintar' ~ smart, intelligent, & wise.

Showing posts with label Kelas Agama. Show all posts
Showing posts with label Kelas Agama. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

How to Memorize the Qur’an and Not Forget it!

How to Memorize the Qur’an and Not Forget it!
Ramadan Mubarak to everyone! I hope your fasts and prayers are accepted by The Almighty. I feel there can't be a better time for this post than in Ramadan. This is the method I used to memorize in Qur'an back in hifdh school. I used this technique to memorize the Qur'an, alḥamdulillāh. And until now, I feel it's the reason I've been leading tarāwīḥ for close to five years now, alḥamdulillāh.
Memorizing Qur'an
It's important to understand that this process is broken into 3 categories:
1) new lesson,
2) new memorization,
3) old memorization.

I'll give a brief intro to each category and then show you how to properly memorize within each fold. It's important to understand that memorizing Qur'an for the long-term is a process which takes close to a month. Once you memorize an āyah, it won't be solid until you repeat it a number of times until it enters the deeper part of your brain.

New Lesson
This is where you will be memorizing from scratch. If you are serious about memorizing, you'll need to follow these tips exactly as they are written below.
1)    Read the page 10 times while looking in from the top.
2)    Read the first āyah on the page 10 times while looking in.
3)    Now read the same verse 10 times without looking at it, until you can recite it without any mistakes.
4)    Begin connecting the ayahs. Recite the first and second āyah together without looking in and without mistakes.
5)    Keep connecting the ayaat on the page. Each time you connect a new āyah, go back to the top of the page and read till the āyah you've memorized.
6)    When you reach the last āyah, you should recite the whole page from the top without looking and without any mistakes.
7)    Recite the page from memory to someone. You should have zero mistakes.
8)    You can repeat the above steps as needed to have a perfect page memorized.

New Memorization
This is the amount of Qur'an which you've memorized in the last 30 days. Take this part seriously, it'll determine if the ayaat you memorized will be solid for your life or not. (Retaining/reviewing Qurʾān is a 25 day process. After those 25 days, reviewing once a month will suffice. This will lead to the 'old memorization' which we'll speak about).
1)    Whatever you review in this section, you MUST recite it to someone who has either memorized the ayaat or is well-versed in reading the Qur'an.
2)    If you've memorized five pages in the last five days, you must recite them to yourself until you don't make any errors. Then go recite it to a teacher.
3)    From this point on, whatever you memorize, it MUST be read daily. When I say read, it means reviewed to yourself without mistakes AND recited to someone else.
4)    If for some reason you didn't review your 'new memorization' for the day, then don't memorize new ayaat. You're pouring water into a cup w/ a hole. Each day you don't review the 'new memorization,' you're making the hole in your cup bigger and bigger until you won't remember anything! (If you did not review a page for seven days consecutively, go back to the 'new lesson' and re-memorize the page).
5)    I sound somewhat redundant here, because I can't lay anymore importance on how much you need to review the 'new memorization.' It'll make/break your hifdh.
6)    If you memorize a page a day, you'll finish a juz in 20 days. After these twenty days, take five extra days to review the whole juz with someone proficient.
7)    The juz you've memorized will now be considered part of your 'old memorization.'

Old Memorization
This is anything you've reviewed for at least twenty-five days consecutively. The amount you review depends on how much Qur'an you've memorized. Once you've memorized the Qur'an (which I pray is soon for all of you seeking to memorize it), new lessons and new memorizations will come to a halt, and you'll be left with the old memorization. This will continue for the left of our lives till death does us part.
1)    Daily review
1.     Between 1-3 juz, you should review five pages daily.
2.     Between 4-7 juz you should review 10 pages (which equals half the juz) daily.
3.     Between 7-15 juz, you should review 20 pages (which equals one juz) daily.
4.     Between 15-20 juz, you should review 30 pages(which equals 1.5 juz) daily.
5.     Between 20-30 juz, you should review 60 pages (which equals 2 juz) daily.
2)    Read the juz to yourself then recite to a teacher/hafidh.
This process will continue for the rest of your life.
3)    In the 'old memorization,' you should not get more than four mistakes, or four stutters in a juz.
A mistake classifies as reading something incorrectly and not being able to correct it. A stutter classifies reading something incorrectly, being sent back a few ayahs to correct it, and finally reading it correctly. At the same time, you should be make more than one mistake or one stutter for every five pages you read.

Concluding remarks
·        When I found a verse to be hard, I would look into the mushaf and write it somewhere. At times I would also listen to recitations to ease the memorization for me (I recommend Sh. Husary). Sometimes looking in and repeating it won't make the verse stick, so do whatever it takes to memorize it!
·        If you falter somewhat in the old memorization, it's ok. Just don't miss two to three days at once. Reading Qur'an is a lifetime endeavor.
·        Reviewing is more important than memorizing.
·        Focus on perfecting your 'new lesson' and 'new memorization.'
·        If you feel some part isn't strong, give preference to reviewing that part rather than memorizing something new.
·        Read something EVERYDAY. Not only should we do this as students of hifdh, but it should be our habit as Muslims. I'm saying, don't say “I've memorized an x amount of Qur'an today, so no need to read and reflect.” Take out some time to read and reflect on a few verses daily.

This is the optimal method which I found easy for myself to memorize. It was formulated in my fourteen-year-old mind as a Qur'an student who found it hard to memorize Allāh's book. I asked Allāh's help, and I feel this method was his answer.
I hope Allāh facilitates the memorization of His book for you all, and blesses you with a positively unforgettable Ramadan where you achieve all the goals of your lives.


Friday, April 26, 2013

KEAJAIBAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)

Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi,

Jom kita galakkan anak-anak kita rajin berselawat, bukan setakat hari jumaat sahaja. Selawat selalu.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya (Al-Ahzab: 56)




1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani 

Friday, March 29, 2013

E-Majlis Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)

Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi,

Nikmati E-Majlis Ilmu di link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=dyWSho-2Ysc

InsyaaAllah ramai antara kita mengetahui bahawa Malaikat hadir dalam majlis2 ilmu. Oleh itu, sambil2 buat kerja di komputer dan sambil ber 'face-book', dengarlah ceramah2 di Youtube, 'macam-macam ada'...wujudkanlah E-Majlis Ilmu...di rumah/mana2 sahaja bila ada ruang dan peluang. Sedarilah kehadiran ramai malaikat bersama-sama kita.

Jika E-Majlis Ilmu di rumah bersama-sama keluarga dan anak-anak, bayangkan impak positif yang tersemai kepada orang-orang tersayang. Jika sebaliknya pula yang kita hidangkan dalam persekitaran keluarga kita, siapa yang akan hadir? Malaikat atau syaitan?, maka perhatikanlah kesan negatifnya ke atas ahli-ahli keluarga.

Di samping mendapatkan ilmu secara online, wujudkan (create) kesempatan (vs. tidak sempat) untuk hadir dalam Majlis2 Ilmu secara 'face-to-face' (berguru). Selalunya majlis bersemuka terdapat di Masjid2 atau di kelas2 yang diatur khas.

Mudah2an Allah swt. memberi kita semua peluang hadir dalam majlis2 ilmu secara elektronik dan semuka. InsyaaAllah, Rahmat dan Rahim Allah melimpahi diri kita, anak-anak dan ahli-ahli keluarga semua. Ameen.


Saturday, March 23, 2013

Physical vs Spiritual illness

Physical illness kills the body
Spiritual illness kills the soul

(Hamza Yusuf - American Muslim)

Who is behind every great woman?

Behind every great man, is a great woman.
Behind every great woman, is she herself  (Brother Hamza Yusuf - American Muslim).

Sunday, March 17, 2013

Doa Solat Sunat Subuh

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)


Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi,
Semoga kita dapat latih diri dan anak-anak untuk rajin Solat Sunat Subuh dan seterusnya Solat Fardu Subuh.





بسم الله الرحمن الرحيم   ... Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, menjadi Raja pada hari Qiamat, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan Mu, ya Allah yang  Maha Tinggi dan Maha Agung. Hanya Engkau, ya Allah yang kami sembah dan hanya kepada Mu, kami minta pertolongan. Ya Allah, hindarilah daripada kami dukacita terhadap sesiapa yang bertujuan membuat dukacita/kejahatan kepada kami. Sesungguhnya Engkau, ya Allah yang dasyat memberikan dukacita dan yang dasyat memberi balasan."

Saturday, March 16, 2013

Doa di dalam Sujud Akhir

Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi, 
mari kita bersama-sama anak2 amalkan doa ini...

بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, dan iman yang benar, dan ilmu yang bermunafat, dan kesihatan yang elok, dan kecerdikan yang tinggi, dan hati yang bersih, dan kejayaan yang besar."

Rujukan: PERIPENSIS (Persatuan Islam dan Pencak-Silat Singapura),
No. 5, Ipoh Lane, Off Tanjong Katong Road, Singapura 1543


Source for pic: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=265033950298835&set=a.156428251159406.33952.155882317880666&type=1&theater

Doa Minta Ampun

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)
Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi, 

بسم الله الرحمن الرحيم


"Tuhanku aku bukanlah layak untuk Syurga, tetapi aku tidak pula kuat menanggung siksa Neraka. Dari itu, kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkan dosa-dosa ku. Bahawasanya Engkaulah pengampun dosa yang besar. "



Rujukan: PERIPENSIS (Persatuan Islam dan Pencak-Silat Singapura),
No. 5, Ipoh Lane, Off Tanjong Katong Road, Singapura 1543

Thursday, March 14, 2013

Trust Allah

Credit: https://www.facebook.com/quranexplorer

And put your trust in Allah, if you are believers indeed. (5:23)

Monday, March 11, 2013

Twenty-two questions vs. One question

Sumber: http://www.halimislam.com/
Via Sentuhan Belacan Blogspot.com

Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi, 

Saya sangat tertarik dengan kisah berikut...sangat besar teladannya. Mari kita contohi kepetahan pemuda ini dalam mendidik anak2/generasi muda.

Ini adalah kisah benar.... Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika.Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi keistimewaan oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas berhampiran dengan sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri bagi memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di ketika itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini berganjak keluar. Di tepi pintu dia bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia berganjak hendak keluar, namun sang pendeta ingin memanfaatkan kewujudan pemuda ini, iaitu dengan mengajukan beberapa soalan, tujuannya bagi memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan anutannya.Pemuda muslim itupun menerima cabaran debat tersebut.

Sang pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 soalan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Sila!
Sang paderi pun mulai bertanya

Sebutkan satu yang tiada duanya,

dua yang tiada tiganya,

tiga yang tiada empatnya,

empat yang tiada limanya,

lima yang tiada enamnya,

enam yang tiada tujuhnya,

tujuh yang tiada lapannya,

lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,

sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

sebelas yang tiada dua belasnya,

dua belas yang tiada tiga belasnya,

tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksudkan dengan kubur berjalan membawa isinya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyu-kainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan apidan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yg dia azab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari? "

Mendengar soalan tersebut pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah berkata

Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah swt menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang dan *

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SW berfirman, "Sesiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air bagi kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu terpancutlah dari padanya dua belas mata air. "(Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf pada berhampiran dengan barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya ': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu amat besar." (Yusuf: 2).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 pada bawah teduhan dan dua pada bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan pada malam hari dan dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu soalan sahaja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar soalan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir pada gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melemparkan 22 soalan kepadanya dan semuanya dia jawab sementara dia hanya memberi satu soalan tetapi anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sungguh aku mengetahui jawapan dari soalan tersebut, namun bimbang kalian marah." Mereka menjawab, "kami akan jamin keselamatan anda. "Sang paderi pun berkata," Jawapannya ialah: Asyhadu La Ilaha Illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Sunday, March 10, 2013

Takbir & Niat Solat Serentak

بسم الله الرحمن الرحيم

Solat: Bila dimulakan, takbir & niat dilakukan serentak, maka kita caj mulut, hati & badan (Ustz Dr Zamihan Mat Zin, tajuk kuliah: Sifat Solat Nabi yg Sahih. Masjid Hasanah, Bangi)...kita caj & recaj diri kita dpd satu solat ke satu solat...indahnya nikmat, diri yg caj berjumpa Allah swt. :)

Model Cinta & Kasih-Sayang: Rasulullah saw & Isteri

via @ We Love Islam 

" Nabi sibuk..tapi NABI tetap ada masa untuk
bersama isterinya..bergurau senda.

NABI hendak tunjuk, NABI sayang isteri,
NABI nak minum
NABI tanya pada AISYAH,,YA HUMAIRA,dimana
bekas bibir kamu?? 

Aisyah punya seronok..NABI
nak minum bekas bibir dia..lalu jawap Aisyah, DI SINI..DI SINI YA RASULULLAH...

NABI ambil gelas itu, Nabi minum betul-betul dekat bekas mulut Aisyah..

Aisyah punya la seronok....:):):):):)......ALLAHURABBI.. itulah
hebatnya NABI MUHAMMAD S.A.W......"

Sunday, March 3, 2013

Parents - Never Skip or Miss Solah

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)

Dear Parents, 

Watch this video with our children:  
https://www.facebook.com/photo.php?v=620122108014194&set=vb.211002508947188&type=2&theater
The video is based on a true story. When it is over, talk to our children the importance of solah, and what happen when one skip solah or never performed one. 

We are our children's model. Our children's behavior is very much influenced by our behavior. In other words, we shaped their behavior. When we teach and call our children to perform solah, insyaaAllah they will do so. When they see us fully committed in performing solah everyday, 5 times a day, that's how our children will behave to. 


Always pray together with our children and the whole family (Daddy will pray in the mosque, only occasionally when he is around, he will be the imam). Praying together is the best time for us to not only model good behavior, but also to interact and communicate with our family. Take this opportunity, to share with our children and family some lessons that can guide them to become a good ummah, and to always be in the path of Allah swt. Leading and nurturing our family in Allah's path will bring great peace, harmony, and happiness in our family, InsyaaAllah :)


Sunday, January 27, 2013

Didik Anak untuk MENDENGAR & MENGIKUT dan amalkan "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat"

Ibubapa yg dimuliakan,

Mari kita bersama anak2 amalkan surah Az-Zumaar, ayat 17-18. Semalam (26 Januari 2013) Ustaz Dr. Abdullah Yassin, guru kelas mengaji saya (di Musolla Ehsan Dato' Abdullah Al-Hadi & Datin Aisyah Hassan) berpesan jadikan ayat2 ini sebagai amalan dan pegangan hidup kita (Tafsir Az-zumar ayat 17-18) KH. Khoeruman Azzam. Credit:http://deff5fahmi.blogspot.com)

17. dan orang-orang yang menjauhi Thaghut (yaitu) tidak menyembah- nya[1310] dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku,

18. yang mendengarkan Perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya[1311]. mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.


[1310] Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.
[1311] Maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajaran Al Quran dan ajaran-ajaran yang lain, tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al Quran karena ia adalah yang paling baik.

Dalam ayat2 ini, yang ditegaskan sifat2 MENDENGAR dan MENGIKUT.

Kata Ustaz Abdullah  

Berdasarkan sifat MENDENGAR, manusia boleh dikategorikan kepada 5 iaitu:

1) Tidak Mahu Mendengar Langsung
2) Mahu Mendengar, Tetapi Tidak Faham
3) Dengar dan Faham
4) Dengar, Faham dan Amal
5) Dengar, Faham, Amal dan Sebar

Kategori 1, adalah yang paling perlu dihindarkan kerana manusia dalam kategori ini berada dalam kegelapan. Mustahil untuk kita mentaati Allah sekiranya kita tidak suka mendengar. Macam mana hendak taat Allah, jika kita tidak ada ilmu?

Kategori 2, manusia dalam kategori ini mahu mendengar tetapi masih dalam kegelapan kerana tidak memahami ilmu yang didengari/dipelajari. Lebih tidak membantu jika manusia jenis ini malas bertanya. Kalau semasa mendengar kuliah/ceramah, mungkin tidak memberi tumpuan (sibuk berbual dengan rakan di sebelah, layan SMS, layan FB, dsbgnya.), tidur, atau berkhayal, badan di situ, tetapi hati dan otak di tempat lain.

Kategori 3, manusia jenis ini mahu mendengar dan faham apa yang didengari. Sifat yang agak baik, tetapi belum pasti mahu mengikuti apa yang didengari dan difahami. Maka, manusia ini mungkin duduk di takuk lama, kurang peningkatan.

Kategori 4, mahu mendengar, memahami apa yang didengari, dan mengamalkannya pula. Sifat-sifat ini insyaaAllah akan banyak membantu mempertingkatkan kualiti diri manusia untuk mentaati suruhan Allah swt. dan menghindarkan segala laranganNya.

Kategori 5, adalah yang paling dikehendaki, paling terbaik. Maka ibubapa sekalian, pilihlah kategori yang terbaik ini. InsyaaAllah, semoga kita dapat mengasuh diri, anak2 dan keluarga dalam kategori ini, yang mana selari dengan sabda Nabi junjungan kita. Rasulullah s.a.w..."Sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Kita bukan sahaja mahu mendengar, memahami apa yang didengar, mengamalkannya dan berkongsi serta mengajak orang-orang lain untuk sama-sama turut serta dalam usaha membina ketaatan kepada Allah swt. 

Sunday, January 13, 2013

Mawi vs Imam Nawawi

Ramai yang kenal Mawi daripada Imam Nawawi. Ramai yang lebih mengenali Akademi Fantasia daripada Akademi Islam. Ramai orang Islam yg baca Al-Quran tetapi tidak faham maksud ayat2 yang dibaca. Ramai juga yg solat tetapi tidak faham maksud ayat2 yg dibaca dalam solat. Ibubapa semua..marilah kita sama2 bawa keluarga kita, anak2 kita berubah ke arah yg disukai Allah, kita betulkan setiap amalan kita yg tidak betul. Mari kita tingkatkan kualiti ibadat kita terhadap Allah swt. (Credit: Ustaz Shofwan Badrie, 13/1/13) "Ya Allah, bantulah akan kami, keluarga kami, anak2 kami, rakan2 kami sekalian supaya dapat selalu menyebut nama Mu, mengingati nama Mu, bersyukur kepada Mu dan membaguskan ibadat kami terhadap Mu"

Sebut 'SOLAT'...jangan sebut ‘Sembahyang’

Kongsi Ilmu dpd Kelas Ustaz Shofwan Badrie pada 1/12/12 GROUP UST SHOFWAN BADRIE & UST DR ABDULLAH YASIN at Musolla Ehsan Dato' Abdullah Al-Hadi Hj Muhamed Ustaz pesan sebut ‘SOLAT’ jangan sebut ‘Sembahyang’. Perkataan ‘Solat’ Allah sebut dalam Al-Quran; satu perkataan yg mulia, yg merujuk kpd ibadat khusus kepada Allah, yg dikerjakan dgn penyertaan anggota badan, lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu2 yg ditetapkan. Perkataan ‘Sembahyang’ berasal dpd perkataan agama Hindu, yg merujuk kpd menyembah ‘hyang’, iaitu salah satu daripada dewa-dewa yg disembah oleh penganut Agama Hindu. Maka perkataan ‘sembahyang’ ini merujuk kpd ‘menyembah tuhan hyang’.

Monday, February 2, 2009

Jari Telunjuk ketika Tahiyyat



Jari telunjuk anda ketika solat memberi gambaran dan makna yang sangat penting. Perhatikan, renungkan, dan hayati kebesaran Allah.

Kualiti Solat Menggambarkan Siapa Kita

Utadz kata cara kita mengerjakan solat sangat penting, kita perlu buat cara yang terbaik, berkualiti supaya diterima Allah. Kita tak mahu solat kita sah, tetapi tidak diterima oleh Allah kerana tidak dilakukan dengan baik. Lima kategori solat menurut Utadz adalah seperti berikut:

1) Jahil -- kerjakan solat, tapi tak faham apa yg dibaca, tak de ilmu
2) Lalai -- kerjakan solat, tapi hati kat lain, tak kusyuk, beragan
3) Tarik-tali -- kejap kusyuk, kejap tak kusyuk, tak untung tak rugi, tapi
jika pada akhirnya kusyuk lebih banyak dptlah pahala solat.
4) Soleh -- jaga solat dengan baik, bersihkan diri
5) Muqarobin -- jaga solat, terus tumpu sepenuhnya kepada Allah

Marilah kita sama-sama menilai solat kita dan terus berusaha meningkatkan kualitinya. InsyaAllah, semoga solat kita terus berkualiti tinggi.

Friday, January 30, 2009

Sisa Waktu

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih"

Sungguh meninsafkan bila Utadz cakap kita suka lakukan solat disisa waktu, macam mana nak kusyuk, macam mana nak berkat, nak berjaya? Kita sanggup dan leka menghabiskan waktu untuk perkara-perkara lain dahulu, baru kita pergi solat. Contoh, kita habiskan baca surat khabar dulu, tonton TV dulu, borak2 dulu, dan macam2 lagi kita buat, baru kita pergi solat, dan diwaktu solat dah dekat nak habis pulak tu. Jika ini amalan kita maknanya kita letakkan keutamaan masa kita untuk perkara2 lain, dan solat disisa waktu, maka samalah macam kita tidak mengutamakan solat. Sisa selalunya benda yang tidak elok, yang kita dah tak mahu, selalunya orang buang je benda2 sisa ni. Eh, takut memikirkannya dan sangat betul cakap Utadz....solat tu perkara utama yang akan ditanya dalam kubur nanti...solat tiang Agama. Pastilah kita hendak tiang yang kukuh, supaya kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat. Maka janganlah kita sisakan lagi perintahkan Allah.