Ibu bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam mengasuh dan mendidik anak-anak. Bagi ibu bapa muslim, perkara ini dituntut untuk dilaksanakan mengikut kaedah Islam yang pastinya menjamin kesejahteraan anak di dunia dan akhirat. Setiap ibu bapa akan ditanya tentang tanggungjawab mereka di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
Daripada Ibn Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap orang daripada kamu adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang di bawah jagaannya.
Maka ibu bapa sekalian marilah kita laksanakanlah tanggungjawab kita dengan pintar dan cemerlang. Semoga kita bersama keluarga bahagia di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment