Untuk menjadi ibu bapa yang baik, asuh dan semai diri kita terdahulu dan selalu dengan kebaikan. Ceramah seorang ustadz berkaitan perkara ini sangat menarik. Satu cara mudah membina dan menambah kebaikan dalam diri yang diperkatakannya adalah dengan rajin melakukan perkara-perkara sunat seperti solat sunat (mestilah selepas kita selesai tunaikan yang wajib), kalau kita selalu buat, kita akan rasa betapa lengkap, manis dan terpandunya hidup kita, seolah-olah paksi hidup kita tetap dan teguh dengan ketenangan dan kebahagiaan, diri kita akan terhias dengan penuh kebaikan; begitu juga bila kita selalu solat tahjud dan puasa sunat.
Ustadz pesan lagi, cuba elakkan meninggalkan perkara-perkara sunat seperti solat atau puasa sunat ini lebih dari 3 kali berturut-turut, kerana perbuatan itu boleh membuatkan kita lalai dan terus meninggalkannya. Begitu juga dengan perbuatan baik yang lain (seperti bersedekah, menolong orang), selalu perlu kita rangsang diri melakukannya. Kalau perkara sunat ditinggalkan lebih daripada 3 kali boleh merugikan kita, bayangkanlah bagaimana bila kita meninggalkan perkara-perkara wajib....seperti sembahyang 5 waktu. Kita mahu pastikan solat kita cukup 5 waktu selagi nyawa dikandung badan dan selagi diberi kesempatan, kerana kita tidak mahu kerugian dan mudarat yang lebih besar. Solat itu tiang hidup kita, malah dianggap tiang seri, tiang utama. Teguhkanlah tiang utama kita supaya bukan sahaja kita akan berseri, keluarga yang kita sayangi juga turut berseri-seri dengan rahmat Allah. Perlu di sebut di sini bukan ustadz itu lebih memberatkan perkara-perkara sunat daripada yang wajib; yang ingin diketengahkannya ialah apabila kita sudah sampai suka melakukan perkara-perkara sunat iaitu yang melampaui yang wajib (lebih daripada wajib), maka diri kita akan menjadi lebih baik, lebih bagus. Ibarat sebuah kek walaupun sudah siap dan boleh dimakan, ia nampak lebih sedap dan menarik bila ia dihias dengan ising yang cantik; harganya juga tentu lebih mahal daripada kek biasa. Begitulah, bila yang wajib kita buat, dapat pahala, dan bila ditambah dengan perbuatan/ibadah yang sunat akan memberi kita pahala yang lebih lagi. Ada nilai tambah....macam kita dapat bonus....tentu lebih indah.
Ibu bapa yang mencorakkan dirinya dengan kebaikan, akan dapat melakarkan corak yang sama ke atas diri anak-anak, malah berpotensi untuk menghasilkan yang lebih indah lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh, hanya kesungguhan sahaja yang dapat menghasilkanlah lakaran yang terbaik!
Ibu bapa borek, anak rintik
Ibu bapa baik, anak molek

No comments:
Post a Comment