'Pintar' ~ smart, intelligent, & wise.

Monday, December 17, 2007

Ransang Anak Rajin Baca Al-Quran

Semua ibu bapa mahu keluarga yang cemerlang, bahagia, dirahmati dan sejahtera dunia dan akhirat. Resepinya sangat mudah....asuh anak-anak dan ahli keluarga dengan budaya hidup Islam -- antaranya, solat 5 waktu penuh, solat di awal waktu, berjemaah bersama keluarga, dll. Paling digalakan adalah merangsang anak supaya rajin membaca Al-Quran; lebih cantik dan berkesan baca bersama-sama.... dengan memahami erti/tafsir Al-Quran akan menambahkan nikmat dan ketenangan bagi seisi keluarga, selain mendapat pertunjuk dan hidayah ke jalan kebahagiaan, diberkati dan diredhai. Sabda Rasulullah s.a.w. .....maksudnya,
1). "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya kamu akan diberi pahala oleh Allah S.W.T. kerana membacanya (Riwayat Al-Khatib) ....(dapat pahala --> dapat kebaikan);
2). "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembaca-pembacanya".. (Hadith Riwayat Muslim)

No comments: