Mari kita bersama anak2 amalkan surah Az-Zumaar, ayat 17-18. Semalam (26 Januari 2013) Ustaz Dr. Abdullah Yassin, guru kelas mengaji saya (di Musolla Ehsan Dato' Abdullah Al-Hadi & Datin Aisyah Hassan) berpesan jadikan ayat2 ini sebagai amalan dan pegangan hidup kita (Tafsir Az-zumar ayat 17-18) KH. Khoeruman Azzam. Credit:http://deff5fahmi.blogspot.com)
17. dan orang-orang yang menjauhi Thaghut (yaitu) tidak menyembah- nya[1310] dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku,18. yang mendengarkan Perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya[1311]. mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.
[1310] Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.
[1311] Maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajaran Al Quran dan ajaran-ajaran yang lain, tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al Quran karena ia adalah yang paling baik.
Dalam ayat2 ini, yang ditegaskan sifat2 MENDENGAR dan MENGIKUT.
Kata Ustaz Abdullah
Berdasarkan sifat MENDENGAR, manusia boleh dikategorikan kepada 5 iaitu:
1) Tidak Mahu Mendengar Langsung
2) Mahu Mendengar, Tetapi Tidak Faham
3) Dengar dan Faham
4) Dengar, Faham dan Amal
5) Dengar, Faham, Amal dan Sebar
Kategori 1, adalah yang paling perlu dihindarkan kerana manusia dalam kategori ini berada dalam kegelapan. Mustahil untuk kita mentaati Allah sekiranya kita tidak suka mendengar. Macam mana hendak taat Allah, jika kita tidak ada ilmu?
Kategori 2, manusia dalam kategori ini mahu mendengar tetapi masih dalam kegelapan kerana tidak memahami ilmu yang didengari/dipelajari. Lebih tidak membantu jika manusia jenis ini malas bertanya. Kalau semasa mendengar kuliah/ceramah, mungkin tidak memberi tumpuan (sibuk berbual dengan rakan di sebelah, layan SMS, layan FB, dsbgnya.), tidur, atau berkhayal, badan di situ, tetapi hati dan otak di tempat lain.
Kategori 3, manusia jenis ini mahu mendengar dan faham apa yang didengari. Sifat yang agak baik, tetapi belum pasti mahu mengikuti apa yang didengari dan difahami. Maka, manusia ini mungkin duduk di takuk lama, kurang peningkatan.
Kategori 4, mahu mendengar, memahami apa yang didengari, dan mengamalkannya pula. Sifat-sifat ini insyaaAllah akan banyak membantu mempertingkatkan kualiti diri manusia untuk mentaati suruhan Allah swt. dan menghindarkan segala laranganNya.

Kategori 5, adalah yang paling dikehendaki, paling terbaik. Maka ibubapa sekalian, pilihlah kategori yang terbaik ini. InsyaaAllah, semoga kita dapat mengasuh diri, anak2 dan keluarga dalam kategori ini, yang mana selari dengan sabda Nabi junjungan kita. Rasulullah s.a.w..."Sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Kita bukan sahaja mahu mendengar, memahami apa yang didengar, mengamalkannya dan berkongsi serta mengajak orang-orang lain untuk sama-sama turut serta dalam usaha membina ketaatan kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment