'Pintar' ~ smart, intelligent, & wise.

Friday, March 29, 2013

E-Majlis Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)

Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi,

Nikmati E-Majlis Ilmu di link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=dyWSho-2Ysc

InsyaaAllah ramai antara kita mengetahui bahawa Malaikat hadir dalam majlis2 ilmu. Oleh itu, sambil2 buat kerja di komputer dan sambil ber 'face-book', dengarlah ceramah2 di Youtube, 'macam-macam ada'...wujudkanlah E-Majlis Ilmu...di rumah/mana2 sahaja bila ada ruang dan peluang. Sedarilah kehadiran ramai malaikat bersama-sama kita.

Jika E-Majlis Ilmu di rumah bersama-sama keluarga dan anak-anak, bayangkan impak positif yang tersemai kepada orang-orang tersayang. Jika sebaliknya pula yang kita hidangkan dalam persekitaran keluarga kita, siapa yang akan hadir? Malaikat atau syaitan?, maka perhatikanlah kesan negatifnya ke atas ahli-ahli keluarga.

Di samping mendapatkan ilmu secara online, wujudkan (create) kesempatan (vs. tidak sempat) untuk hadir dalam Majlis2 Ilmu secara 'face-to-face' (berguru). Selalunya majlis bersemuka terdapat di Masjid2 atau di kelas2 yang diatur khas.

Mudah2an Allah swt. memberi kita semua peluang hadir dalam majlis2 ilmu secara elektronik dan semuka. InsyaaAllah, Rahmat dan Rahim Allah melimpahi diri kita, anak-anak dan ahli-ahli keluarga semua. Ameen.


No comments: