'Pintar' ~ smart, intelligent, & wise.

Monday, March 18, 2013

Seronok tengok blog yang berjaya - satu motivasi utk anak2

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bismillahir Rahmanir Raheem 
(In the Name of God, the Compassionate, the Merciful)
Assalamualaikum wbt... Ibu Bapa yang dikasihi,

Pada pandangan saya, apabila bercerita dengan anak-anak tentang kejayaan seseorang, maka pastinya maklumat yang kita sampaikan itu boleh memotivasikan anak-anak kita. Yang penting kita perlu kongsikan maklumat itu dengan cara positif, bukan dengan memuji pihak lain dan merendah-rendahkan anak-anak kita pula. Fokus kepada agenda perkongsian itu, iaitu untuk merangsang anak-anak kita untuk mencontohi perkara-perkara baik yang disampaikan. 

Di sini saya ingin cadangkan ibu bapa kongsikan dengan anak-anak tentang kejayaan seorang muda dalam menggunakan internet. Melayar internet bukan sesuatu yang baru bagi anak-anak zaman ini. Oleh itu, menggunakan internet sebagai medium untuk membimbing anaka-anak amat digalakkan. Anak muda yang berjaya yang saya maksudkan itu ialah seorang blogger - Cik Farah (klik link di bawah). Cik Farah seorang anak muda yg bukan sahaja fokus kepada blogging tetapi melakukannya sambil fokus kepada pengajiannya di peringkat Master. Saya kagum dengan usaha dan kegigihan beliau. Beliau maju bukan sahaja dalam dunia internet di mana beliau dilahirkan, tetapi juga tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan. Semoga kita dapat latih anak-anak kita mencontohi sifat maju dan daya saing Cik Farah. Semoga beliau dan anak-anak muda kita mencapai kejayaan demi kemajuan ummah sejagat.

http://bicarafarah.blogspot.com/2013/02/advertise-di-blog-cik-nurfarah.html

No comments: